Mr.Katak dan Mrs.kodok – tentu u all kenalkan apa
binatang ni. Mesti ramai yang geli dan cakap katak ni hodoh dan
macam-macam lagi fitnah dan tuduhan dilemparkan kat keluarga katak ni.
Tapi u all mesti tak tahu sebenarnya kewujudan spesies ni pun penting
gak. Sekarang dah macam-macam spesies katak yang terancam dan kepupusan.
So hope lepas ni tak payah la tuduh katak-katak ni yang bukan-bukan.
Sebagai tanda sokongan apa kata korang pilih salah satu katak ni untuk
dibela sekor kat rumah. Chantek dan chumel ni. Pilih-pilih jangan tak
pilih.
TEKAN READ MORE UNTUK TERUSKAN MEMILIH
Style kan nama dia. Cuba translate dalam
Bi.. “Rainbow Frog”.. haha.. chumel jerk an. Katak ni hidup kat hutan
kering berbatu Madgascar Isalo Massif. Berbelit lidah aku menyebutnya.
Kalau di ancam katak ni akan mengembangkan badan sebagai mekanisme
pertahanan terhadap predator atau binatang pemangsa. So Nampak dia akan
menjadi bulat. Bajet cam besarlah tu. Nasib baik tak keluarkan
pelanggi..kalau tak dah boleh wat teori baru pasal pelangi.
Dalam Bi disebut Hyalinobatrachium
pellucidum. Aku tak reti nak menyebutnya. So korang leh panggil dia kata
kaca atau Kristal sebab kita boleh melihat isi badannya yang
transparensi atau lut sinar. Yang tak bestnya katak ni dah mula diancam
kepupusan.so sorang digalakkan membela sekor.
Katak ni memakai mantel arau kult merah
jingga di bahagian belakang badanya. Saiznya Cuma 2.5 cm panjang so itu
bermakna korang pi ambik pembaris dan wat ukuran 2.5cm tu. Katak kecil
ini merupakan katak darat asli Madagascar.
Aku panggil dia katak banyak nama sebab
korang gak boleh panggil dia katak badut atau costa rica variable
hariequin toad. Haaa. Panjang kan nama dia. Dia dapat nama tu sebab
katak ni merupakan katak neo-tropic yang dulunya banyak di seluruh costa
rica dan panama.tapi sekarang dah terancam dan menghampiri kepupusan.
Tinggal sikit jer kat Panama tu. Jom bela sorang sekor lagi.
Yang ni aku tak tipu punya.cuba tengok
gambar tu. Ceconet kan. katak ni boleh dijumpai kat pergunungan Andes,
Peru selatan. Dengan ketinggian antara 9.925 dan 10.466 kaki di atas
permukaan laut. Hoh. Nak carik untuk dibela pun susah lak..
Katak goliath atau conraua Goliath ni kalau
korang rasa-rasa nak buat kenduri boleh korbankan sekor. Mampu membesar
sehingga 33 cm panjang dan berat sehingga 3kg. cukuplah tu untuk 10
orang makan. Jangka hayat sekor katak ni adalah 15 tahun. Korang nak tau
tak dia ni suka makan kala jengking,serangga dan katak kecil.sebab tu
katak kecik pupus. Merupakan kodok yang mempunyai pendengaran yang tajam
tetapi tidak mempunyai kantung suara. Pernah tengok rancangan pasal
kodok ni. Orang asli kat situ memancing kodok besar ni guna umpan katak
kecil.pastu makan ramai2.pergh….
Katak super biru ni dari keluarga
Dendrobatidae, merupakan katak asli amerika tengah dan selatan. Aktif
pada waktu siang dan sering menunjukkan warna yang cerah. Katak ni pun
diancam kepupusan. Digelar katak panah oleh pribumi amerika akibat
penggunaan rembesan beracun kat hujung anak panah diorang. Saper pernah
tengok cerita Apocalypto tentu sure pernah tengok aksi hero wat sumpit
beracun. Search google untuk review citer tu..sumpah best.
Bestkan nama dia. Mampu membesar sehingga 6
inci panjang dan tinggal di sekitar Uruguay, Brazil dan Argentina
utara. Kalau tengok dari jauh macam bantal jer tapi katak ni boleh
menyerang tikus kecil, burung ataupun katak lain dengan sekelip mata.
Tau teori Darwin. Kenal tak Darwin tu
saper. Ha sekarang dia dah jadi katak. Katak cam chumel ini banyak
dilihat sekitar tahun 1978 tapi sekarang dah takder dah. Mungkin sudah
pupus. Katak ni merupakan jenis yang menyayangi anak-anak. Katak jantan
akan mengeram telur dalam kantung suara sampai telur menetas. Katak pun
tau jaga anak..no komen
Katak askar Vietnam (aku yang panggil dia
macam tu) berasal dari keluarga Rhacophoridae. Boleh juga ditemui di
China.. habitat asal di hutan dataran rendah tropika yang lembap, hidup
dalam air tawar dan kawasan berbatu. Mampu menyamar kerana kulitnya
berbintik-bintik hijau dan hitam yang menyerupai lumut yang tumbuh di
batu. Askar Vietnam kan pandai menyamar..hehe