Kamis, 10 Oktober 2013

katak cantik

Mr.Katak dan Mrs.kodok – tentu u all kenalkan apa binatang ni. Mesti ramai yang geli dan cakap katak ni hodoh dan macam-macam lagi fitnah dan tuduhan dilemparkan kat keluarga katak ni. Tapi u all mesti tak tahu sebenarnya kewujudan spesies ni pun penting gak. Sekarang dah macam-macam spesies katak yang terancam dan kepupusan. So hope lepas ni tak payah la tuduh katak-katak  ni yang bukan-bukan. Sebagai tanda sokongan apa kata korang pilih salah satu katak ni untuk dibela sekor kat rumah. Chantek dan chumel ni. Pilih-pilih jangan tak pilih.
TEKAN READ MORE UNTUK TERUSKAN MEMILIH 

1 KATAK PELANGI

Style kan nama dia. Cuba translate dalam Bi.. “Rainbow Frog”.. haha.. chumel jerk an. Katak ni hidup kat hutan kering berbatu Madgascar Isalo Massif. Berbelit lidah aku menyebutnya. Kalau di ancam katak ni akan mengembangkan badan sebagai mekanisme pertahanan terhadap predator atau binatang pemangsa. So Nampak dia akan menjadi bulat. Bajet cam besarlah tu. Nasib baik tak keluarkan pelanggi..kalau tak dah boleh wat teori baru pasal pelangi.

2 KATAK TRANSPARENSI

Dalam Bi disebut Hyalinobatrachium pellucidum. Aku tak reti nak menyebutnya. So korang leh panggil dia kata kaca atau Kristal sebab kita boleh melihat isi badannya yang transparensi atau lut sinar. Yang tak bestnya katak ni dah mula diancam kepupusan.so sorang digalakkan membela sekor.

3 KATAK MANTEL MERAH

Katak ni memakai mantel arau kult merah jingga di bahagian belakang badanya. Saiznya Cuma 2.5 cm panjang so itu bermakna korang pi ambik pembaris dan wat ukuran 2.5cm tu. Katak kecil ini merupakan katak darat asli Madagascar.

4 KATAK ATELOPUS

Aku panggil dia katak banyak nama sebab korang gak boleh panggil dia katak badut atau costa rica variable hariequin toad. Haaa. Panjang kan nama dia. Dia dapat nama tu sebab katak ni merupakan katak neo-tropic yang dulunya banyak di seluruh costa rica dan panama.tapi sekarang dah terancam dan menghampiri kepupusan. Tinggal sikit jer kat Panama tu. Jom bela sorang sekor lagi.

5 KATAK TERKECIL DI DUNIA

Yang ni aku tak tipu punya.cuba tengok gambar tu. Ceconet kan. katak ni boleh dijumpai kat pergunungan Andes, Peru selatan. Dengan ketinggian antara 9.925 dan 10.466 kaki di atas permukaan laut. Hoh. Nak carik untuk dibela pun susah lak..

6 KATAK TERBESAR DI DUNIA

Katak goliath atau conraua Goliath ni kalau korang rasa-rasa nak buat kenduri boleh korbankan sekor. Mampu membesar sehingga 33 cm panjang dan berat sehingga 3kg. cukuplah tu untuk 10 orang makan. Jangka hayat sekor katak ni adalah 15 tahun. Korang nak tau tak dia ni suka makan kala jengking,serangga dan katak kecil.sebab tu katak kecik pupus. Merupakan kodok yang mempunyai pendengaran yang tajam tetapi tidak mempunyai kantung suara. Pernah tengok rancangan pasal kodok ni. Orang asli kat situ memancing kodok besar ni guna umpan katak kecil.pastu makan ramai2.pergh….

7 KATAK BERACUN

Katak super biru ni dari keluarga Dendrobatidae, merupakan katak asli amerika tengah dan selatan. Aktif pada waktu siang dan sering menunjukkan warna yang cerah. Katak ni pun diancam kepupusan. Digelar katak panah oleh pribumi amerika akibat penggunaan rembesan beracun kat hujung anak panah diorang. Saper pernah tengok cerita Apocalypto tentu sure pernah tengok aksi hero wat sumpit beracun. Search google untuk review citer tu..sumpah best.

8 KATAK BANTAL

Bestkan nama dia. Mampu membesar sehingga 6 inci panjang dan tinggal di sekitar Uruguay, Brazil dan Argentina utara. Kalau tengok dari jauh macam bantal jer tapi katak ni boleh menyerang tikus kecil, burung ataupun katak lain dengan sekelip mata.

9 KATAK DARWIN

Tau teori Darwin. Kenal tak Darwin tu saper. Ha sekarang dia dah jadi katak. Katak cam chumel ini banyak dilihat sekitar tahun 1978 tapi sekarang dah takder dah. Mungkin sudah pupus. Katak ni merupakan jenis yang menyayangi anak-anak. Katak jantan akan mengeram telur dalam kantung suara sampai telur menetas. Katak pun tau jaga anak..no komen

10 KATAK VIETNAM

Katak askar Vietnam (aku yang panggil dia macam tu) berasal dari keluarga Rhacophoridae. Boleh juga ditemui di China.. habitat asal di hutan dataran rendah tropika yang lembap, hidup dalam air tawar dan kawasan berbatu. Mampu menyamar kerana kulitnya berbintik-bintik hijau dan hitam yang menyerupai lumut yang tumbuh di batu. Askar Vietnam kan pandai menyamar..hehe